madeng

Thursday, 20 December 2012

Karangan- Keluargaku


Keluargaku
     Namaku Tan Chin Shin..Aku berusia  7 tahun.Hobi ku ialah bermain tablet.Cita-citaku ingin menjadi seorang guru.Aku amat menyayangi ibu bapa ku,adik dan kakakku.
        Kakak ku bernama Tan Chin Lin.Dia berumur 10 tahun.Hobinya ialah membaca buku .Cita-citanya ingin menjadi seorang guru.Dia sangat tegas ketika menjaga adik adiknya.
         Adikku bernama Tan Chin Kai.Umurnya ialah 5 tahun.Hobinya ialah bermain skuter.Cita-citanya ialah ingin menjadi seorang polis.Dia sangat nakal tetapi comel.
            Nama ibu saya ialah Ang Hui Mei.Dia berumur 32 tahun.Nama ayah saya ialah Tan Kok Siang.Dia berumur 36 tahun.
            Saya amat menyayangi ibu bapa saya dan adik serta kakak saya.Saya ingin menolong mereka jika kesusahan.

Karangan-Aku sepasang kasut sukan

   Aku sepasang kasut sukan
 Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama Power. Aku sering digunakan untuk berjoging dan bermain badminton. Aku merupakan kasut yang tahan lasak dan dapat digunakan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
     Badanku diperbuat daripada kain kanvas berlapikkan span dan berlantaikan getah. Untuk lebih berdaya tahan, badanku telah digam dan dijahit kukuh supaya tahan lama. Setelah siap diprosses, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku akan dibawa bersama sama rakan rakanku yang lain meninggalkan tempat kelahiranku di Kulim,Kedah.
        Aku dan rakan rakanku kini ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di Kompleks Sogo,Kuala Lumpur. Di sini,aku dipamerkan di dalam rak kaca dan diletakkan tanda harga. Aku dapat mengenali rakan rakanku yang berjenama lain seperti Line 7,Adidas,Puma,Yonex, dan sebagainya.
        Pada suatu petang, seorang pemuda begitu asyik membelekku. Mungkin dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki. Dia telah membeliku dengan harga RM99.90. Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang baharu.
        Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah. Sehingga kini, sudah hampir tiga tahun aku berkhidmat dengan tuanku. Meskipun tapakku semakin haus dan warna kulitku yang semakin
pudar, namun dia masih setia menggunakan khidmatku. Aku bertuah mendapat tuan yang sebaiknya.

Kesalahan Tatabahasa


ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA

Kata Ganti Diri

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

   Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
   Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:

Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

 Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya. 

Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:


Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)



Kata Sendi

 Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.

Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

Ravi suka durian. (salah)  
Ravi suka akan durian. (betul)
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata apa dan siapa.

 Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
 Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
 Contoh kesalahan dan pembetulan seperti berikut:

Nama kucing ini siapa? (salah)
 Nama kucing ini apa? (betul)
Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul) 

Wednesday, 21 November 2012

Bahagian C (1)

Bhg C Karangan

membaca dengan teliti untuk mencari jawapan yang betul

Bm Lijiewen Anggur




Bahagian A (2)

Bahasa Malaysia bhgn A

Bahangian A (1)

bahasa malaysia bhgn A
Contoh soalan bahagian A


RPH BAHASA MALAYSIA


RPH BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Tarikh : 03 Julai 2012
Masa : 10.50 pagi – 11.50 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 5 Bestari ( 35 murid : 18 lelaki dan 17 perempuan)
Tema : Hargai Warisan Kita
Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton
atau dibaca


HPK : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota
daripada bahan yang didengar dan dibaca.

HHP : Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.
Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
3. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam bentuk jadual.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Tatabahasa : Ayat penyata
iii) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema

Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal, Muzik
ii) Kemahiran Berfikir :mengesan, mengkategori
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati
iii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi
iv) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional
v) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :poster
iii) Bahan Maujud : kompang, serunai

Pengetahuan Perlu Ada :
i) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan
lain-lain.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi
(5 minit) Alat-alat muzik:
• Kompang
• serunai • Guru membawa kompang dan serunai dan meminta 2 orang murid memalu kompang dan meniup serunai tersebut.
• Bersoal jawab dengan murid mengenai kegunaan kompang.
• Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)
Langkah 1
(10 minit) Petikan teks:
Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia.
(Lampiran A)
1.Membranofon
2. Kordofon
• Murid diberikan petikan.
• Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
• Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
• Murid lain mendengar dan memberi komen mengenai intonasi dan nada.
SP:Koperatif
PP(Berpusatkan murid)
Langkah 2
(10 minit) Alat-alat Muzik
• mengecam dan menyebut nama alat-alat muzik.
• Murid duduk dalam kumpulan dan dikehendaki berbincang mengenai jenis alat-alat muzik dari setiap kaum.
• Wakil murid dikehendaki ke hadapan kelas dan menyebut nama alat-alat muzik tersebut.
PP(Berpusatkan murid)
SP:Koperatif dan Kolaboratif
KBT
-Verbal linguistik
Nilai: kerjasama
Langkah 3
(15 minit) Tayangan slaid (gambar) :
• Alat muzik tradisional Melayu
• Alat muzik tradisional Cina
• Alat muzik tradisional India
• Guru menayangkan slaid gambar alat muzik tradisional dari kaum Melayu, Cina dan India.
• Guru turut memberi penerangan mengenai asal usul sesuatu alat muzik.
• Murid dikehendaki menyebut semula jenis alat-alat muzik berdasarkan sesuatu kaum.
KB
(mentafsir maklumat)
SP:Kontek luar
BBM: LCD, laptop
Nilai: berani mencuba
Langkah 4
( 15 minit) Latihan 3
Membuat jadual:
• Jenis alat muzik tradisional kaum Melayu, cina dan India.

• Murid dikehendaki membuat jadual serta menulis jenis alat muzik tradisional.
• Murid diminta mengisi jadual tersebut dengan menulis jenis alat muzik dari kaum Melayu, Cina dan India.
• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)
Penutup
( 5 minit )

• Murid diperdengarkan dengan lagu-lagu etnik kratif daripada pita rakaman.
• Guru memaklumkan kepada murid mengenai alat muzik yang digunakan dalam lagu tersebut.
• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

Nilai Murni: menghargai warisan Negara

BBM: pita rakama


Saturday, 17 November 2012

Hi, murid-murid cubalah kata Adjektif hari ini.Memang senang!








Wednesday, 17 October 2012

Nilai Murni

Murid-murid boleh tekan sini untuk belajar karangan bahagian C dengan senang.
http://www.scribd.com/doc/110320376