Sunday, 7 April 2013
Thursday, 20 December 2012
Karangan- Keluargaku
Keluargaku
Namaku Tan Chin Shin..Aku berusia 7 tahun.Hobi ku ialah bermain tablet.Cita-citaku ingin menjadi seorang guru.Aku amat menyayangi ibu bapa ku,adik dan kakakku. Kakak ku bernama Tan Chin Lin.Dia berumur 10 tahun.Hobinya ialah membaca buku .Cita-citanya ingin menjadi seorang guru.Dia sangat tegas ketika menjaga adik adiknya.
Adikku bernama Tan Chin Kai.Umurnya ialah 5 tahun.Hobinya ialah bermain skuter.Cita-citanya ialah ingin menjadi seorang polis.Dia sangat nakal tetapi comel.
Nama ibu saya ialah Ang Hui Mei.Dia berumur 32 tahun.Nama ayah saya ialah Tan Kok Siang.Dia berumur 36 tahun.
Saya amat menyayangi ibu bapa saya dan adik serta kakak saya.Saya ingin menolong mereka jika kesusahan.
Karangan-Aku sepasang kasut sukan
Aku sepasang kasut sukan
Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama Power. Aku sering digunakan untuk berjoging dan bermain badminton. Aku merupakan kasut yang tahan lasak dan dapat digunakan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
Badanku diperbuat daripada kain kanvas berlapikkan span dan berlantaikan getah. Untuk lebih berdaya tahan, badanku telah digam dan dijahit kukuh supaya tahan lama. Setelah siap diprosses, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku akan dibawa bersama sama rakan rakanku yang lain meninggalkan tempat kelahiranku di Kulim,Kedah.
Aku dan rakan rakanku kini ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di Kompleks Sogo,Kuala Lumpur. Di sini,aku dipamerkan di dalam rak kaca dan diletakkan tanda harga. Aku dapat mengenali rakan rakanku yang berjenama lain seperti Line 7,Adidas,Puma,Yonex, dan sebagainya.
Pada suatu petang, seorang pemuda begitu asyik membelekku. Mungkin dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki. Dia telah membeliku dengan harga RM99.90. Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang baharu.
Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah. Sehingga kini, sudah hampir tiga tahun aku berkhidmat dengan tuanku. Meskipun tapakku semakin haus dan warna kulitku yang semakin pudar, namun dia masih setia menggunakan khidmatku. Aku bertuah mendapat tuan yang sebaiknya.

Kesalahan Tatabahasa
ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA
Kata Ganti Diri
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
Kata Tanya
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya.
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
Kata Sendi
Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.
Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata apa dan siapa.
Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
Contoh kesalahan dan pembetulan seperti berikut:
Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
Wednesday, 21 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)